Posts

INSENTIF PRS DINAIKKAN KE RM1,000 DALAM BAJET 2017

Selaras dengan Bajet 2017, insentif  PRS  untuk belia berusia antara 20-30 tahun telah dinaikkan menjadi RM1,000  berbanding RM500 sebelum ini.  Kerajaan akan menyumbang RM1,000 untuk setiap individu berkelayakan dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun PRS. Individu mestilah mempunyai jumlah sumbangan kasar sekurang-kurangnya RM1,000 dalam tempoh dua tahun bermula dari tahun 2017 hingga 2018. Untuk tujuan ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM165 juta. Ia adalah untuk menggalakkan golongan muda membuat pelaburan jangka panjang. Kelayakan pemberian insentif: Individu rakyat Malaysia yang telah membuka akaun atau baru membuka akaun PRS Berusia tidak kurang 20 tahun dan tidak melebihi 31 tahun mengikut tarikh lahir Menyimpan sekurang-kurangnya RM1,000 dalam akaun PRS pada tahun 2017-2018. Jumlah sedia ada tidak dikira. Jumlah RM1,000 tersebut hendaklah melalui sumbangan individu, bukan syarikat Jumlah RM1,000 tersebut hendaklah disimpan dalam satu dana sahaja

Pengeluaran Pelaburan EPF

Image
Setakat ni, ramai tak tahu Akaun 1 KWSP boleh di sentuh.Rata-rata tumpu kepada akaun 2. Popular akaun 2 KWSP ni rupanya. Mungkin sebab ramai keluarkan untuk bayar pembiayaan perumahan, daftar haji atau perubatan. Akaun 1 boleh disentuh tau. tapi, hanya untuk pelaburan. Tu lah keistimewaan akaun 1. Khas untuk Pelaburan. Untuk tambah simpanan persaraan. Nak tahu macam mana nak GANDAKAN simpanan akaun 1 untuk persaraan?? Jom Whatsapp/Call saya 019 3300994(Noraidah)

Insentif RM1000 PRS 2017

Image
 Insentif RM1000 PRS 2017  Anda pasti terkejut. RM1000 diberikan percuma kepada belia yang belum capai harijadi ke 31. Ni memang best. Anda melabur untuk persediaan persaraan anda sebanyak RM1000 dan anda mendapat secara percuma sebanyak RM1000 lagi! Ini memang sangat diluar jangkaan dan sangat sangat menguntungkan. 🚀 Hanya dibuka 2017 hingga 2018 sahaja 🚀  Selagi dana mencukupi. Habis kuota, habislah duit free hehe. Bajet hanya RM165juta sahaja. Apa yang anda dapat dengan mencarum PRS? 1- Pelepasan cukai sehingga RM3000 setahun selama 10 tahun bermula dengan tahun taksiran 2012. 2- Bagi pencarum yang berumur 20 – 30 tahun (sebelum birthday ke 31), dengan caruman minimum RM1000 dalam satu dana sahaja, pihak kerajaan memberi insentif caruman tambahan secara one off sahaja sebanyak RM1000, bermula pada Januari 2017. Dengan erti kata lain, anda carum RM1000, pihak kerajaan memberi RM1000 lagi sebagai hadiah kepada anda! Best tak? Siapa yang boleh mohon PRS

Selamat Datang Ramadhan

Image
Assalamuaalaikum sahabat semua Nampaknya bulan Ramadhan bakal menjelma insyaa Allah kita akan berpuasa pada hari Ahad ni...Jadi pastilah ibu-ibu,puan-puan he he ..kaum wanita lah ye terutamanya sibuk untuk membeli barang keperluan makanan sama ada untuk bersahur ataupun berbuka...bagi yang nak menyenangkan normally beli je sama ada beli lauk dari bazar ramadan,restoren ke, hotel ke....hmm buatlah mana yang mampu ye...tapi dinasihatkan supaya kita semua bersederhana dalam berbelanja pada bulan puasa ni ye. Bagi yang terlupa apakah doa/niat sahur dan berbuka, sila lah lihat dibawah Bagi yang terlupa apakah doa/niat sahur dan berbuka Marilah kita bersama mengerjakan  Ramadhan penuh dengan keberkahan dan keutamaan. Orang mukmin dianjurkan untuk merebut ganjaran sebaik-baiknya, dan sebanyak-banyaknya kesempatan dalam berbuat kebajikan apapun bentuknya. Kerjalah solat sunat terawih sepanjang bulan Ramadhan. Mudah mudahan kita mendapat ganjaran pahala yang

Kelebihan Solat & Doa Dhuha

Image
Assalamualaikum semua... Kali ni saya nak berserita tentang solay Dhuha yang kebanyakan dari kita sendiri tidak tahu akan kelebihan, waktu dan cara solat Dhuha ini. Diharap dengan memberi sedikit maklumat , kita dapat bersama berkongsi ilmu dan dalam membuatnya semampu yang boleh..Insyaallah........ Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata:  “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.” Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbi

Amalan Bulan Rejab & Fadhilat

Image
Assalamualaikum sahabat semua, esok ialah bulan Rejab ...  Mari kita bersama menghayatinya.. Selamat  mengerjakan amalan sepanjang bulan Rejab.... Di bulan Rejab terdapat amalan khusus dan amalan umum. Amalan khusus adalah amalan yang dilakukan pada hari atau malam tertentu di bulan Rejab. Adapun amalan umum adalah amalan yang dilakukan selama di bulan Rejab. Amalannya sebagai berikut: Pertama: Rasulullah saw juga bersabda: “Bulan Rejab adalah bulan permohonan pengampunan bagi ummatku, maka hendaknya mereka memperbanyak istighfar di dalamnya.” Yakni: " Astaghfirullâha wa atĂ»bu ilayh " Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya Kedua: Dalam suatu riwayat disebutkan: Bagi yang tidak mampu berpuasa agar memperoleh pahala puasa di bulan Rejab, maka hendaknya setiap hari ia membaca tasbih berikut 100 kali: " Subhânal ilâhil jalĂ®l, subhâna Man lâ yanbaghit tasbĂ®hu illâ lahu, subhânal a’azzil akram, subhâna Man labisal ‘izzi wa huwa lahu a

Fadhilat Zikir Asmaul Husna

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA Assalamualaikum semua, mari kita bersama-sama mengamalkan Asmaul Husna setiap hari kerana banyak fadhilat yang kita tidak tahu yang perlu kita pelajari dan kita amalkan.. Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat…” Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” dari Sahih Bukhari. 1. Allah 2. Ar-Rahman – Maha Pemurah 3. Ar-Rahim – Maha Penyayang 4. Al-Malik – Maha Merajai/Pemerintah 5. Al-Quddus – Maha Suci 6. As-Salam – Maha Penyelamat 7. Al-Mu’min – Maha Pengaman 8. Al-Muhaymin – Maha Pelindung/Penjaga 9. Al-‘Aziz – Maha Mulia/Perkasa 10. Al-Jabbar – Maha Pemaksa 11. Al-Mutakabbir – Maha Besar 12. Al-Khaliq – Maha Pencipta 13. Al-Bari’ – Maha Perancang 14. Al-Musawwir – Maha Menjadikan Rupa Bentuk 15. Al-Ghaffar – Maha Pengampun 16. Al-Qahhar – Maha Menundukkan 17. Al-Wahh