Posts

Showing posts from 2014

Selamat Datang Ramadhan

Image
Assalamuaalaikum sahabat semua Nampaknya bulan Ramadhan bakal menjelma insyaa Allah kita akan berpuasa pada hari Ahad ni...Jadi pastilah ibu-ibu,puan-puan he he ..kaum wanita lah ye terutamanya sibuk untuk membeli barang keperluan makanan sama ada untuk bersahur ataupun berbuka...bagi yang nak menyenangkan normally beli je sama ada beli lauk dari bazar ramadan,restoren ke, hotel ke....hmm buatlah mana yang mampu ye...tapi dinasihatkan supaya kita semua bersederhana dalam berbelanja pada bulan puasa ni ye. Bagi yang terlupa apakah doa/niat sahur dan berbuka, sila lah lihat dibawah Bagi yang terlupa apakah doa/niat sahur dan berbuka Marilah kita bersama mengerjakan  Ramadhan penuh dengan keberkahan dan keutamaan. Orang mukmin dianjurkan untuk merebut ganjaran sebaik-baiknya, dan sebanyak-banyaknya kesempatan dalam berbuat kebajikan apapun bentuknya. Kerjalah solat sunat terawih sepanjang bulan Ramadhan. Mudah mudahan kita mendapat ganjaran pahala yang

Kelebihan Solat & Doa Dhuha

Image
Assalamualaikum semua... Kali ni saya nak berserita tentang solay Dhuha yang kebanyakan dari kita sendiri tidak tahu akan kelebihan, waktu dan cara solat Dhuha ini. Diharap dengan memberi sedikit maklumat , kita dapat bersama berkongsi ilmu dan dalam membuatnya semampu yang boleh..Insyaallah........ Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata:  “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.” Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbi

Amalan Bulan Rejab & Fadhilat

Image
Assalamualaikum sahabat semua, esok ialah bulan Rejab ...  Mari kita bersama menghayatinya.. Selamat  mengerjakan amalan sepanjang bulan Rejab.... Di bulan Rejab terdapat amalan khusus dan amalan umum. Amalan khusus adalah amalan yang dilakukan pada hari atau malam tertentu di bulan Rejab. Adapun amalan umum adalah amalan yang dilakukan selama di bulan Rejab. Amalannya sebagai berikut: Pertama: Rasulullah saw juga bersabda: “Bulan Rejab adalah bulan permohonan pengampunan bagi ummatku, maka hendaknya mereka memperbanyak istighfar di dalamnya.” Yakni: " Astaghfirullâha wa atûbu ilayh " Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya Kedua: Dalam suatu riwayat disebutkan: Bagi yang tidak mampu berpuasa agar memperoleh pahala puasa di bulan Rejab, maka hendaknya setiap hari ia membaca tasbih berikut 100 kali: " Subhânal ilâhil jalîl, subhâna Man lâ yanbaghit tasbîhu illâ lahu, subhânal a’azzil akram, subhâna Man labisal ‘izzi wa huwa lahu a

Fadhilat Zikir Asmaul Husna

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA Assalamualaikum semua, mari kita bersama-sama mengamalkan Asmaul Husna setiap hari kerana banyak fadhilat yang kita tidak tahu yang perlu kita pelajari dan kita amalkan.. Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat…” Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” dari Sahih Bukhari. 1. Allah 2. Ar-Rahman – Maha Pemurah 3. Ar-Rahim – Maha Penyayang 4. Al-Malik – Maha Merajai/Pemerintah 5. Al-Quddus – Maha Suci 6. As-Salam – Maha Penyelamat 7. Al-Mu’min – Maha Pengaman 8. Al-Muhaymin – Maha Pelindung/Penjaga 9. Al-‘Aziz – Maha Mulia/Perkasa 10. Al-Jabbar – Maha Pemaksa 11. Al-Mutakabbir – Maha Besar 12. Al-Khaliq – Maha Pencipta 13. Al-Bari’ – Maha Perancang 14. Al-Musawwir – Maha Menjadikan Rupa Bentuk 15. Al-Ghaffar – Maha Pengampun 16. Al-Qahhar – Maha Menundukkan 17. Al-Wahh