Posts

Showing posts from August, 2017

INSENTIF PRS DINAIKKAN KE RM1,000 DALAM BAJET 2017

Selaras dengan Bajet 2017, insentif  PRS  untuk belia berusia antara 20-30 tahun telah dinaikkan menjadi RM1,000  berbanding RM500 sebelum ini.  Kerajaan akan menyumbang RM1,000 untuk setiap individu berkelayakan dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun PRS. Individu mestilah mempunyai jumlah sumbangan kasar sekurang-kurangnya RM1,000 dalam tempoh dua tahun bermula dari tahun 2017 hingga 2018. Untuk tujuan ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM165 juta. Ia adalah untuk menggalakkan golongan muda membuat pelaburan jangka panjang. Kelayakan pemberian insentif: Individu rakyat Malaysia yang telah membuka akaun atau baru membuka akaun PRS Berusia tidak kurang 20 tahun dan tidak melebihi 31 tahun mengikut tarikh lahir Menyimpan sekurang-kurangnya RM1,000 dalam akaun PRS pada tahun 2017-2018. Jumlah sedia ada tidak dikira. Jumlah RM1,000 tersebut hendaklah melalui sumbangan individu, bukan syarikat Jumlah RM1,000 tersebut hendaklah disimpan dalam satu dana sahaja